Detik detik akhir sebelum kahwin!


30 november 2014

11.30 pagi, akhirnya dengan sekali lafaz aku Izzazi Syahnaz Nazri  isteri kepada Ahmad Faiz Zamri. Lelaki yang 4 tahun bertahta dalam hati J Syukur alhamdulilah. Time aku taip nie, hampir dua bulan lebih jadi isteri kepada suami yang tercinta. Lepas aku hapdate last post sampailah sekarang aku xpernah bukak lagi blog :p Nampak x bertapa busynye aku buat persiapan kawin. Okelah, terus cerita seterusnya….

Sebulan sebelum kahwin…

Orang lain nak kahwin nak sibuk duduk rumah siapkan segala persiapan, aku? Duduk dekat rumah sewa lagik dekat dungun, yela akukan belajar lagi mase tu. Sekarang xdah . dah lepas habis belajar dah kira aku kahwin lepas habis belajar, bukan mase belajar. Keh keh. Mase tu sibuk nak final. Stress xpayah cterlah. Dengan kad kahwin xsiap-siap lagi, dengan nak comfirm andam, comfirm kemah, comfirm catering. Ok, semua kerja kahwin aku, aku settle sendiri. Sila percaya! Serius, semua hal semua aku settle sendiri. Aku amek tahu semua ni sebab aku nak uruskan sendiri tanpa nyusahkan mak abah. Oke, aku tahu patot mak abah la kena uruskan semua untk anak perempuan yang nak kawin x. Bagi aku x ok, aku uruskan semua pasal aku yang nak kawin. Terasa banyak susahkan mak abah. Sekarang, aku settle semua. Ade jugaklah akak aku tolong sikit. Mak aku bahagian doorgift dan hantaran sahaje. Yang lain semua aku ok, AKU L

25 hari sebelum kahwin…

Mase ni exam dah habisss. So, aku bukan balik kampung (pekan) lagi mase nie. Aku pegi Temerloh. Haha. Bukan dating ok, tapi pegi try baju sanding belah laki. Orang lain aku rase nak kawin xde die nak lengah-lengah kan semua benda ni, tapi aku dgn tunang (suami) mase tu la buat kije gler. Dan... gelang untuk batal air sembayang pon baru nak cari. Keh keh. Nampak mcm xnak kawin pulakkan. Nak buat cane, masing-masing jauh dan jarang jumpe.  Aku tidur rumah kak linda malam tu. Tolong die hal kahwin jugak! Oke, kak linda ni kawan aku mase aku belajar dekat temerloh 4 tahun dl. Asal aku panggil die akak pasal die 3 tahun tua dari aku. Die pon nak kahwin jugak! Tapi 2 minggu lepas aku nikah J
2 hari dekat sane berjalan ajer kijenyee. Pegi sane sini cari barang kahwin. Seronok laa sebab bakal pengantin shopping dengan bakal pengantin jugak. Hahaa. Sampai xsedar banyak duit habis oiii. Nak kawin nie mmg kena pandai jimat-jimatla, nafsu nafsu. Adoii. Behave izazi!

22 hari sebelum kahwin

Petang tu konon nak balik kampung (pekan) dah, tapi angah sms cakap abglong tenat, dekat hospital temerloh. Abglong ni suami angah aku kirenye abg ipar aku. Dieorg kawin sehari lepas aku tunang, 31 mei 2014. Kire baru 5 bulan lebihlah kahwin.  Dekat 2 minggu jugak abglong dlm icu, mak  dgn angah  yg bergilir jaga abglong. Dlm mase 2 minggu tu mak balik sekali je pekan tolong aku sikit. Selebihnya banyak mase teman angah  jage abglong dekat temerloh. Abah banyak jugaklah tolong aku. Tolong masukkan gula-gula. Tolong hantar kad jemputan. Serius aku cakap kad kawin aku tempah dalam 500, tp rezeki pulak org tu bg hampir 700 keping kad. Nak buat ape la pulak banyak-banyak. Pening kepala aku. Disebabkan jemputan last minute, so.. memang banyaklah kad berlebihan. Xpela, mungkin bukan rezeki aku mase tu. Disebabkan abglong sakit, abah pon xberapa sihat mase tu sebab mata die xnampak sangat.  Sedih oii, asik nagis je aku mase tu. Takut xsempat semua ni.. L

11 hari sebelum kahwin…

Abglong pegi meninggalkan kami semua, al-fatihah. Semoga angah tabah dgn kehidupan selepas ini. Pagi sebelum arwah xde abah beria sgt nak pegi temerloh, die cakap abah lame sgt xpegi melawat. Rase xsedap hati. Tapi oleh sebab xde transport, abah xdapat pegi. Aku ingat lagi mase tu, abah siap nak pegi naik bas dengan adik aku yg bongsu. Tapi aku halang sebab abah xberapa nampak. Risau sgt keadaan abah. Aku pulak xboleh pegi mane sbb banyak lagi kije nak kena siapkan. Arwah kebumi malam tu jugak dekat pekan. Besar sangat dugaan aku nak kahwin mase tu. Serius aku cakap aku xde langsung masalah besar dgn tunang (suami) mase tu. Sikit-sikit tu adatlah. Tapi aku banyak masalah dgn family. Boleh katekan makan hati ajer dgn mak abah. Tapi aku redha. Allah dah takdirkan semuanya. Aku terima. Semoga abglong tenang di sane. Kami akan menyusul nanti. Al-fatihah buat abg ipar, Muhammad Hafif bin Abdul Malek.

7 hari sebelum kahwin..

Aku batalkan niat untuk adakan pelamin dalam rumah, sebelum ni pakej aku ade pelamin, tapi atas menghormati arwah abg ipar aku cancelkan. Nasib baik Andam yg aku book tu ok sgt orangnye. Aku amek andam yang same dgn angah dulu. Cume pakej aku murah sikit dari angah amek. Haha, save bajet gitu.  Alhamdulilah. Aku xsanggup nak tengok angah sedih di hari bahagia aku nanti. Hari-hari die sibukkan diri dgn tolong aku settlekan kije kahwin sampailah siap. Sedih oii sedih. Tapi tabahkan hati J

1 hari sebelum kahwin…

Xramai sgt sedara aku yg duduk rumah sbb malam tu bola. Nadia ade la. Sepupu yg paling aku sayang. Yang ade ketika aku perlukan.. die la yang banyak bantu dari aku bertunang, angah aku kahwin dan sekarang aku nak kahwin. Dahla tengah sarat. Keh keh… malam tu pak andam sibuk hias bilik tidur. Yang lain die dah settlekan semalam sebab die terlupa aku kawin esoknye bukan arini. Puii. Haha.  Siap siap semua tu barulah berinaiii. Mula mula aku memang tegas xnak langsung berinai sbb nye aku xsuke tangan aku comot. Lepas kena bebel dgn tunang(suami) lepas tu mak andam aku pakailah jugak. Dengan bantuan angah dgn sepupu aku. Happy. Baru rase nak kahwin. Haha. Baru nak datang perasaan tu kot. Keh keh. Tapi sayang, inai tu xserasi dgn aku sampai 4 kali pakai barula kena. Ish, inai tiub nasib la. Haha. Tengah tunggu inai kering sambil tunggu zura dgn bobo sampai. Zura tu kawan aku dan sebagai pengapit segera. Haha. Bobo pulak photographer aku. Kawan aku merangkap bf si zura tu. Ok ok. Stop cter pasal org. sembang punya sembang pukul1 lebih baru tidurr. Esok nak bangun subuh oii. Mase ni xberdebar lagi. Boleh tidur dgn tenang  mungkin sbb letih kot. Mane xnye, angkat kemah bagai. Kije aku jugak tu.
Panjang pulak entry kali ni, ingat nak sambung di hari perkahwinan tapi mcm xbest pulak. Tunggu esok la. Hihii. Oke, tunggu “ di hari perkahwinan”.

Okbai


Wassalam.

Label: , ,



0 143 komen





◄ Older posts
Newer posts ►
Luahan Dari Hati;




Izzazi Syahnaz Nazri
Pahang
everything about me is true !
TAKEN by AF
13 January

msn spaces widget

...more?

Wishlist

Study
Engaged
Married
Work