bertudunglah dengan sempurna


Mengapa aku bertudung??

1. Bila aku cinta pada Allah, aku akan ikut suruhan Allah. Allah suruh aku patuh tutup aurat bila dah baligh.
- jadi, pakai tudung ini menepati saranan Allah. Bukan sahaja dapat tutup aurat, tapi Allah sayang juga. Ya Allah, banyak dosa yang telah aku lakukan

2. Orang selalu katan, nampak macam panas saje pakai tudung. Berlapis-lapis. Sebenarnya tidak. Bila ditanya pada para pemakai tudung labuh, mereka menjawab langsung tidak panas seperti yang disangkakan.
- Sebenarnya x.. terasa nyaman saje dan cukup selesa. Mudah dipakai, ringkas, tidak perlu buang banyak masa pusing-pusing macam shawl dan pashmina.

3. Semestinya, bila aku ikut cakap Allah, Allah bagi kita pahala.
- Bila tutup aurat, dapat pahala tutup aurat. Bila tutup aurat dengan seikhlas hati pula, berlipat ganda pula ganjaran yang Allah bagi. Syurgalah akhirnya bila istiqamah, isyaAllah.

4. Sejuk mata memandang. Qurratu A'yun. Sejuk di mata dan di hati.
- Insyaallah, semoga mak abah rehda dengan anaknya.. aku sayang mak... abah....

5. Bila dah tutup aurat, bukan saje sejuk dimata kita tapi juga menjaga maksiat mata. Menjaga mata lelaki dari bertambah dosa. Lelaki pun segan nak menatap dan memerhati orang yang mereka anggap solehah.
- Insyaallah, lelaki jahat dan miang juga akan menafikan niat jahat mereka itu terhadap kita. Aku buat nie untuk kau sayang. Semoga kau terima perubahan aku. Aku ingin menjadi wanita muslim yang engkau impikan.

6. Ya, siapa berani menidakkan kecantikan, keayuan, kejelitaan, kecomelan, kesopanan yang lebih terserlah bila memakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna?
- Ini bonus tambahan yang kita dapat bila lakukan yang Allah suruh. tak cantik xpe, janji bertudung.

7. Ikut kata al -Quran bererti ikut syariat Allah, syariat Allah pula ditaati oleh Rasulullah SAW dan perlu dipatuhi oleh seluruh umatnya.
- Bererti, aku bukan saje sudah ikut Allah, tapi ikut sunnah Nabi SAW. Taniah!

8. Siapa kata hanya telekung solat saje boleh digunakan untuk bersolat?
- Tidak, pakai tudung labuh, kemudian bahagian-bahagian lain tertutup dengan sempurna auratnya, maka boleh terus guna buat solat. Pastikan pakaian betul-betul suci dan bersih. Pakaian yang bersih tanda akhlak yang cantik.

9. Aku sentiasa mahu orang hormat aku. Tapi jika aku tak hormat diri aku dengan mendedahkan aurat, gedik, tidak jaga maruah, siapa akan hormat aku?
- Jadi, bertudung ini boleh mendidik diri aku supaya lebih menghormati diri sendiri. Bila diri sendiri dah dihargai dan dihormati,nescaya orang sekeliling juga akan menghormati diri aku.

10. Menyihatkan badan.
- Dari segi kesihatan, boleh melindungi diri dari sinaran terik cahaya matahari yang boleh merosakkan kulit, menjaga dari debu dan kuman sebagainya.

11. Malu itu bunga iman.
- Dengan menutup aurat dan bertudung, bererti aku masih ada rasa malu terhadap Allah. Malu terhadapa diri sendiri, malu terhadap masyarakat sekeliling. Malahan malu dan bimbang Islam dimalukan kerana imej umat Islamnya yang gagal menjada bab aurat.

12. Secara tak langsung, bertudung dan berakhlak mulia insyaallah menarik perhatian orang lain utnuk mencintai Islam. Menjadi cabang dakwah dengan perbuatan.
- Besarnya pahala bila niat menyebarkan dakwah Islam kepada masyarakat sekeliling.

13. Wanita yang bertudung, layak dijadikan isteri.
- Ciri-ciri yang sukar dicari di zaman penuh maksiat sekarang. Satu dalam seribu. Jika kita dah terbuka hati pakai tudung, bererti kita mudah menerima nasihat agama. Wanita yang mudah dan rela menerima nasihat agama adalah wanita yang terbaik untuk dijadikan isteri.

14. Tanda-tanda dan amaran awal ke arah menjadi orang yang bertaqwa.
- Taqwa bermaksud takut kepada Allah. Aku pakai kerana takutkan Allah, bererti aku sudah punya rasa taqwa dalam diri. Orang-orang bertaqwa disebut acapkali dalam al-Quran sebagai calon ahli syurga.

15. Bukan nak tunjuk baik.
- Ya, bila aku pakai dengan ikhlas bermakna aku bukan nak menunjuk-nunjuk. Sebenarnya orang yang pakai tudung ini, kebanyakkan nak berubah untuk jadi lebih baik. Salahkah untuk aku jadi orang baik?
Tidak, orang yang memperbaiki dirilah orang yang dinanti-nantikan oleh Allah dan Rasulullah di akhirat untuk diberikan ganjaran Raudatul Jannah (kebun-kebun syurga).

Aku masih lagi mencuba untuk teruskan itu semua, semoga kita semua yang bergelar wanita dapat sama-sama untuk bertudung . Bukan bertudung, tapi baju lengan pendek, kaki terdedah, tudung terbelit belit hingga dada terdedah, berbaju ketat. Tapi, bertudunglah dengan sempurna,yang telah disyariatkan oleh agama kita sendiri iaitu Islam. Doakan aku semoga dapat lalui semua itu dengan tabah :')

Ingatlah bila hati dah tergerak, lakukan! jangan sampai hati itu MATI

Lots Of Love,
Izzazi Syahnaz Nazri
2012


0 143 komen





◄ Older posts
Newer posts ►
Luahan Dari Hati;




Izzazi Syahnaz Nazri
Pahang
everything about me is true !
TAKEN by AF
13 January

msn spaces widget

...more?

Wishlist

Study
Engaged
Married
Work