Hai 2016


Alhamdulilah.
Masih ade lagi ingatan pada tempat mengadu masalah dulu kala. 😂😂😂

Dah masuk 2016, dah puasa, dah raya dan dah nak habis raya pun 😅😅.
Harini genap 600 hari kahwin 👰. Xtahu motif ape nak menaip. Tapi nak jugak buat summary jela sikit2 😀

JANUARY 💏
13 haribulan birthday aku la 🙆
Sambut birthday dekat bandung dan jakarta. Overseaaaa gitu. Sebenarnya memang sebelum kahwin lagi dah plan nak honeymoon 💏 dekat bandung tapi lepas kawin belum ade lg rezeki nak pegi. Sooo, tahun ni baru dapat pergi. Alhamdulilah. Terima kasih suamiku 😗. #azieturn24

FEBRUARY & MARCH😢
Bulan ni sedih sikittt 😢. Hujung2 bulan tu aku sakit2 perut. Sakit mak oii. Buat pregnant test. Positif 😌 tapi bila pergi cek xde berita gembira pon. Aku dah give up tapi perut sakit. Satu malam pergi berurut sbb pergi hospital xde ape2 yg menarik. Haha. Mak bidan pon xtahu ape masalah aku. Hairan bin pelik. Di tekan tekan. Bertambah sakit 😠. Terus ke kecemasan. Haha. Cek cek xde ape2. Sabar azie. Dari pukul10 sampai 12 mlm baru tahu. Suspect hamil luar rahim. Masa tu xtahu ape pon pasal hamil luar rahim. 😮. malam tu duduk wad sorang2. Mak aii sedih betul. Selama ni kalo masuk wad ade org teman tapi kali ni xde dan xboleh 😭😭. Tidur langsung xlena. Teringat rumah teringat suami 😢. 7 hari dkt wad memang menguji kesabaran. Kejap doctor cakap ade baby kejap xde baby kejap ade 2 baby kejap ade 1 baby. Aku dah makin lemah 😳. Terus berdoa pada Allah. Akhirnya ambil keputusan keluar dari hospital nak cuba kaedah lain. 😣

APRIL & MAY
alhamdulilah... lepas habis semua dugaan. Datang dugaan mabuk 😥. Xboleh makan. Xboleh minum sgt xboleh masak😩. Muntah muntah muntah. Sedih nak oii. 😢

JUNE
Alhamdulilah. Mase nie dah slow sikit mabuk mabuk tapi makan xbape lagi. Bulan puasa ni banyak beli dari masak. Tahun lepas memang sepenuhnya masak. Tahun nk xdapat sangat tapi syukurr suami aku banyak membantu 😁😁.

JULY
Yeee. Bulan sekarang ni 😃. Alhamdulilah. Usia kandungan aku nak masuk 7 bulan dah 😙 Syukur alhamdulilah. Aku diuji setahun lebih masih belum hamil. Tapi skrg dah nak masuk 7 bulan. Macam mimpi tapi alhamdulilah. Ianya kenyataan. Semoga Allah permudahkan semuanya. Tahun ni raya kedua baru dapat balik pekan 🏡. Yeee turn raya rumah aku. 😉😉

Bulan2 mendatang ni planning sahaja. Yang menentukan Allah.🙇

OGOS
Babymoon. Insyaallah

SEPTEMBER
beli barang baby dan mama. Papa duduk diam. Haha 💅💪✌

OKTOBER
tunggu baby mama keluar 👪. Insyaallah

NOVEMBER & DISEMBER
berehat dan berpantang.
Jumpe post lain hari.
Doakan mama dan baby sihat dan selamat.

Gambar terbaru gambar raya. Haha

Label: , , , , ,



0 143 komen


Count


Alhamdulilah
Masih berkesempatan lagi nak bukak blog lepas tu update 😂.
Mase amat mencemburui aku nampaknye sampai xde masa nak nulis2 lepas kan geram dekat sini.
Bila ade mase data pulak xcukup. Maklumlah pakai data je bukan pakai wifi macam orang lain 😑.

Plan setahun?

Sedar xsedar lagi bape hari lagi genap setahun dah aku bergelar isteri kepada suami yang aku cintai. Rase macam baru lagi kawin 😂😂😂.
Mungkin sebab sibuk kerja, suami isteri kerja xsame shift mungkin sebab tu kot rase baru. Ke perasaan aku je 😅. Xkisah la, janji aku rase macam tu. Plan utk setahun nie dh macam2 nak plan tapi takut xjadi. Sebab tarikh tu jatuh hari isnin. Aku kena audit😡.

Honeymoon?
Kalau mintak cuti memang xla kot pasal aku baru bulan lepas dapat rase gaji full 💵💵. Kalau boleh nak teruskan sampai la aku nak honeymoon tahun depan. Yeah, baru nak honeymoon. Mestilaa. Orang lain kawin terus pegi honeymoon tapi aku x. Aku pilih duduk diam rumah dl. Honeymoom dekat rumah dulu, lepas setahun baru honeymoon jauh jauh 💏.

Anak?
Doakan 😙

Sambung study?
Dalam perbincangan lagi. Rase macam xnak dah tapi nak berada lebih bagus. Semoga Allah permudahkan 🙇

Masak?
Lebih baik la dari dulu. Kalo dulu xpandai langsung tapi skrg boleh dah la. Setakat masak utk berdua💅 Kenduri belum lagi, 2 hari xsiap lagi aku masak nanti 🙈. Tapi mencabar jugak la. Pagi nak masak, balik kerja wajib masak. Handphone penuh screenshot resepi. Kalo dulu screenshot tentang kawin je. 😄

Gemuk?
Xpernah. Okbai. Haha

Balik pekan?
2 bulan sekali😢

Itu jela setakat nak masuk setahun nie yg dapat dikongsikan. Xsemua benda kite perlu kongsi dgn orang. 😆😆

Ok, magrib otw.
Sekian 👰

Label: ,



0 143 komen


Raya


Assalamualaikum

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

Alhamdulilah,
Raya tahun nie makin meriah 😄
Raya berdua untuk tahun nie  bersama suami tercinta 👨.

Oleh kerana tahun nie tahun pertama raya sebagai suami isteri, soo tahun nie bagi peluang dkt suami dulu raya belah die. Tahun depan turn belah isteri pulak 😂😂.

Puasa dan raya tahun nie mencabar dan tercabar jugaklah pasal sebelum2 nie mak yg sediakan semuanya. Mase study dulu bgn sahur pon sediakan ape yg nak makan je untuk diri sendiri. Oleh sebab kerana tahun nie ade suami so bangun awal lah sediakan semuanya untuk sahur. 😢

Yang tercabar tahun nie pasal aku dah kerja. Jadinye balik kerja terus masak untuk suami. Nak makan or beli dekat luar memang tu bukan pilihan suami aku. Biarlah xsedap ke aku masak dari beli dkt luar lagi xrase ape dan tunggu lame 😉.
Penat tu xpayah nak ungkap. Bila lagi nak kumpul pahala. Dah kawin nie la peluang nak tambah pahala banyak 😊.

Label: ,



0 143 komen


Majlis bertandang


Sambung cter bertandang pulak.
ouh lupa, suami aku orang Temerloh.. so majlisnye dekat sanggang.

07 12 2014

Majlis menyambut menantu + majlis kahwin adik perempuan suami
besar-besaran gitu. hehee


ala ala frozen gitu .. berangan lebih
siap siap dekat rumah sewa je mase ni.
sepupu yang selalu ade time aku memerlukan.
terima kasih untuk semua :'(

ex politeknik sultan mizan zainal abidin
ex housmate.
tenkiu jadi dayang dayang
ex classmate politeknik sultan mizan zainal abidin
tenkiu datang :)

i love you, Ahmad Faiz

dulu kite datang kawin awak, sekarang awak datang kawin kite bawak baby.
tenkiu dena, ezy & baby khalif

bajet bajet hot

i love you mak abah :'(

the best pengapit, jurugambar.
tenkiu hasifah halip

stadium perbandaran temerloh
sebelum banjir nie. lepas banjir xrupe stadium dah. 

oleh sebab suami aku kerja majlis, soo suke suke hati masuk stadium 
acah acah sweet. 
taman kenangan temerloh

rase nak sanding lagik

i miss this moment

ape ape jelaa

sekian...
Dah asar dah
okbai

Label: , , , , ,



0 143 komen


Akhirnya aku kahwin




Di hari perkahwinan

30 november 2014

Sambung entry haritu. Pagi tu aku bangun awal giler. Haha. Awal xawal mane la pukul 6 lebih jugak. 
Bangun sembahyang lepas tu ngadap tudung. Pilih tudung yang mane nak pakai. Haha. 
Mase tu xmandi lagik sebab nk settlekan ape patot dulu sblm mandi. Kang xpasal kena mandi lagik. 
Malas malas............ ok, pagi tu baru la aku sibuk-sibuk tacap meja makan beradap. 
Lepas tu settelkan photobooth dgn sepupu dan angah. Siap-siap semua tu baru la nak sarapan.
 Mase tu xde selera sgt. Bukan pasal berdebar tapi pasal aku letih. Haha. Pukul 9 lebih aku mandi.. 
siap-siap mandi andam dah datang. Terus pakai baju nikah. Lepas tu tadah muke utk diconteng.
 Siap-siap mekap baru la berdebar. Ceh, peluh-peluh bagai. Adoii.
 Janji dgn tok imam pukul 11, pukul 10.45 aku gerak. Mak abah angah adik naik satu keta dgn nadia dan suami, aku naik keta bobo. Masuk je masjid dah nampak kereta belah laki. 
Ramai oii ramai. Slow-slow turun keta jalan kaki masuk masjid. 
Firstime selepas 4 tahun dulu aku pakai kasut tumit tinggi oi. Bayangkan lah nak cover tu mcm mane.
 Sabar jelahaii. Ok, masuk masjid xdebar lagi.
 Duduk duduk relax-relax dulu. Bila tok imam dah start baru rase. 

Akhirnya... sekali lafaz.



Tengah ready nak dinikahkan :)
bace yang jgn xbace :P

batal air sembahyang
mase ni elok lagi crown aku duduk diam, lepas salam suami aku jadi buruk . :(
tengok... baik punye crown die jatuh. Andam lupe letak pin kot 

Makan beradap
eh eh, sehati sejiwa la konon :P

nanti aku update pasal majlis bertandang pulak. Nanti..




Buat suami tercinta,

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ • 

Ya Allah…
Jika suamiku ini adalah pilihan-Mu di 'Arsy.
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus hidup bersamanya.

Jika suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu.
Karuniakanlah aku sifat kasih dan ridha atas segala perbuatannya.

Jika suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah-Mu.
Kau kurniakanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya. 

Jika suamiku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia-Mu.
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya.

Jika suamiku ini jodoh yang telah Engkau Rahmati.
Berikanlah selalu padaku dan suamiku kedamaian dan ketentraman hati atas Nur dan cahaya-Mu;

Tetapi ya Allah…
Jika suamiku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang.
Tunjukkanlah padaku jalan yang terbaik untuk kuarungi dengan segala kehendak-Mu.

Jika suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu.
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya.

Jika suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikannya.
Karuniakanlah kepadaku kekuatan-Mu untuk memperbaiki keadaanya.

Jika suamiku mencintai kesesatan.
Tuntunlah aku untuk menarik dirinya keluar dari keterlenaan.

Ya Allah...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati.
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dikasihi.
Aku hanya ingin menjadi isteri yang patuh dan taat.
Aku hanya ingin menjadi isteri yang sholehah.
Isteri yang sentiasa dihati suami dan anak-anakku.

Ya Allah...
Jadikanlah rumah kami surga bagi kami.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Label: , , , ,



0 143 komen


Detik detik akhir sebelum kahwin!


30 november 2014

11.30 pagi, akhirnya dengan sekali lafaz aku Izzazi Syahnaz Nazri  isteri kepada Ahmad Faiz Zamri. Lelaki yang 4 tahun bertahta dalam hati J Syukur alhamdulilah. Time aku taip nie, hampir dua bulan lebih jadi isteri kepada suami yang tercinta. Lepas aku hapdate last post sampailah sekarang aku xpernah bukak lagi blog :p Nampak x bertapa busynye aku buat persiapan kawin. Okelah, terus cerita seterusnya….

Sebulan sebelum kahwin…

Orang lain nak kahwin nak sibuk duduk rumah siapkan segala persiapan, aku? Duduk dekat rumah sewa lagik dekat dungun, yela akukan belajar lagi mase tu. Sekarang xdah . dah lepas habis belajar dah kira aku kahwin lepas habis belajar, bukan mase belajar. Keh keh. Mase tu sibuk nak final. Stress xpayah cterlah. Dengan kad kahwin xsiap-siap lagi, dengan nak comfirm andam, comfirm kemah, comfirm catering. Ok, semua kerja kahwin aku, aku settle sendiri. Sila percaya! Serius, semua hal semua aku settle sendiri. Aku amek tahu semua ni sebab aku nak uruskan sendiri tanpa nyusahkan mak abah. Oke, aku tahu patot mak abah la kena uruskan semua untk anak perempuan yang nak kawin x. Bagi aku x ok, aku uruskan semua pasal aku yang nak kawin. Terasa banyak susahkan mak abah. Sekarang, aku settle semua. Ade jugaklah akak aku tolong sikit. Mak aku bahagian doorgift dan hantaran sahaje. Yang lain semua aku ok, AKU L

25 hari sebelum kahwin…

Mase ni exam dah habisss. So, aku bukan balik kampung (pekan) lagi mase nie. Aku pegi Temerloh. Haha. Bukan dating ok, tapi pegi try baju sanding belah laki. Orang lain aku rase nak kawin xde die nak lengah-lengah kan semua benda ni, tapi aku dgn tunang (suami) mase tu la buat kije gler. Dan... gelang untuk batal air sembayang pon baru nak cari. Keh keh. Nampak mcm xnak kawin pulakkan. Nak buat cane, masing-masing jauh dan jarang jumpe.  Aku tidur rumah kak linda malam tu. Tolong die hal kahwin jugak! Oke, kak linda ni kawan aku mase aku belajar dekat temerloh 4 tahun dl. Asal aku panggil die akak pasal die 3 tahun tua dari aku. Die pon nak kahwin jugak! Tapi 2 minggu lepas aku nikah J
2 hari dekat sane berjalan ajer kijenyee. Pegi sane sini cari barang kahwin. Seronok laa sebab bakal pengantin shopping dengan bakal pengantin jugak. Hahaa. Sampai xsedar banyak duit habis oiii. Nak kawin nie mmg kena pandai jimat-jimatla, nafsu nafsu. Adoii. Behave izazi!

22 hari sebelum kahwin

Petang tu konon nak balik kampung (pekan) dah, tapi angah sms cakap abglong tenat, dekat hospital temerloh. Abglong ni suami angah aku kirenye abg ipar aku. Dieorg kawin sehari lepas aku tunang, 31 mei 2014. Kire baru 5 bulan lebihlah kahwin.  Dekat 2 minggu jugak abglong dlm icu, mak  dgn angah  yg bergilir jaga abglong. Dlm mase 2 minggu tu mak balik sekali je pekan tolong aku sikit. Selebihnya banyak mase teman angah  jage abglong dekat temerloh. Abah banyak jugaklah tolong aku. Tolong masukkan gula-gula. Tolong hantar kad jemputan. Serius aku cakap kad kawin aku tempah dalam 500, tp rezeki pulak org tu bg hampir 700 keping kad. Nak buat ape la pulak banyak-banyak. Pening kepala aku. Disebabkan jemputan last minute, so.. memang banyaklah kad berlebihan. Xpela, mungkin bukan rezeki aku mase tu. Disebabkan abglong sakit, abah pon xberapa sihat mase tu sebab mata die xnampak sangat.  Sedih oii, asik nagis je aku mase tu. Takut xsempat semua ni.. L

11 hari sebelum kahwin…

Abglong pegi meninggalkan kami semua, al-fatihah. Semoga angah tabah dgn kehidupan selepas ini. Pagi sebelum arwah xde abah beria sgt nak pegi temerloh, die cakap abah lame sgt xpegi melawat. Rase xsedap hati. Tapi oleh sebab xde transport, abah xdapat pegi. Aku ingat lagi mase tu, abah siap nak pegi naik bas dengan adik aku yg bongsu. Tapi aku halang sebab abah xberapa nampak. Risau sgt keadaan abah. Aku pulak xboleh pegi mane sbb banyak lagi kije nak kena siapkan. Arwah kebumi malam tu jugak dekat pekan. Besar sangat dugaan aku nak kahwin mase tu. Serius aku cakap aku xde langsung masalah besar dgn tunang (suami) mase tu. Sikit-sikit tu adatlah. Tapi aku banyak masalah dgn family. Boleh katekan makan hati ajer dgn mak abah. Tapi aku redha. Allah dah takdirkan semuanya. Aku terima. Semoga abglong tenang di sane. Kami akan menyusul nanti. Al-fatihah buat abg ipar, Muhammad Hafif bin Abdul Malek.

7 hari sebelum kahwin..

Aku batalkan niat untuk adakan pelamin dalam rumah, sebelum ni pakej aku ade pelamin, tapi atas menghormati arwah abg ipar aku cancelkan. Nasib baik Andam yg aku book tu ok sgt orangnye. Aku amek andam yang same dgn angah dulu. Cume pakej aku murah sikit dari angah amek. Haha, save bajet gitu.  Alhamdulilah. Aku xsanggup nak tengok angah sedih di hari bahagia aku nanti. Hari-hari die sibukkan diri dgn tolong aku settlekan kije kahwin sampailah siap. Sedih oii sedih. Tapi tabahkan hati J

1 hari sebelum kahwin…

Xramai sgt sedara aku yg duduk rumah sbb malam tu bola. Nadia ade la. Sepupu yg paling aku sayang. Yang ade ketika aku perlukan.. die la yang banyak bantu dari aku bertunang, angah aku kahwin dan sekarang aku nak kahwin. Dahla tengah sarat. Keh keh… malam tu pak andam sibuk hias bilik tidur. Yang lain die dah settlekan semalam sebab die terlupa aku kawin esoknye bukan arini. Puii. Haha.  Siap siap semua tu barulah berinaiii. Mula mula aku memang tegas xnak langsung berinai sbb nye aku xsuke tangan aku comot. Lepas kena bebel dgn tunang(suami) lepas tu mak andam aku pakailah jugak. Dengan bantuan angah dgn sepupu aku. Happy. Baru rase nak kahwin. Haha. Baru nak datang perasaan tu kot. Keh keh. Tapi sayang, inai tu xserasi dgn aku sampai 4 kali pakai barula kena. Ish, inai tiub nasib la. Haha. Tengah tunggu inai kering sambil tunggu zura dgn bobo sampai. Zura tu kawan aku dan sebagai pengapit segera. Haha. Bobo pulak photographer aku. Kawan aku merangkap bf si zura tu. Ok ok. Stop cter pasal org. sembang punya sembang pukul1 lebih baru tidurr. Esok nak bangun subuh oii. Mase ni xberdebar lagi. Boleh tidur dgn tenang  mungkin sbb letih kot. Mane xnye, angkat kemah bagai. Kije aku jugak tu.
Panjang pulak entry kali ni, ingat nak sambung di hari perkahwinan tapi mcm xbest pulak. Tunggu esok la. Hihii. Oke, tunggu “ di hari perkahwinan”.

Okbai


Wassalam.

Label: , ,



0 143 komen


Result



Alhamdulilah
Syukur pada Allah.


Rezeki sem 5 lulus semua subjek dgn jayanya.
Rezeki Allah bagi.
Usaha siang malam
Walaupon study pon nak xnak.
Yang penting usaha habis-habis.
Doa dan jawab ikhlas.


Xlupa jugak doa makabah.
Senyum sampai ke telinga.


Thanks mahirah hassan dgn nat harleyy.
Tanpa korang dua org xdpt rasenye result mcm ni.


Walaupon siang malam kita merepek.
Walaupon kita bcuti shari sebelum exam
Kita berjaya dgn jayanya.

Alhamdulilah
Blh buat hantaran dgn tenang.
Okbaii

Label:



0 143 komen





◄ Older posts
Luahan Dari Hati;




Izzazi Syahnaz Nazri
Pahang
everything about me is true !
TAKEN by AF
13 January

msn spaces widget

...more?

Wishlist

Study
Engaged
Married
Work